Search

MUSIBAH | Emir Haqim

  • Share this:

semoga kita semua tabah. sentiasa kuat.
.
ada 3 sebab kenapa ﷻ الله uji kita:
.
1) untuk menilai keimanan kita
.
dari al-ankabut ayat 2:
patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
.
bermaksud, setiap orang beriman memang konfem akan diuji. akan di-test. so kalau kita ni kena uji— kiranya kita orang berimanlah. yeay!! bersangka baik dgn الله :).
.
2) untuk mencuci dosa2 kita
.
dari al-bukhari dan muslim:
tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan الله akan menggugurkan bersamanya dosa2nya seperti pohon yg menggugurkan daun-daunnya.
.
3) sebagai azab kpd kita. sebab penderhakaan kita
.
dari an-nisa’ ayat 123:
sesiapa yg melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu. dan dia tidak akan mendapatkan perlindungan dan pertolongan selain ﷻ الله .
.
ituje. kalau kita rasa kita dah cukup amal ibadah kita, tapi masih diuji juga, positif saja. الله tengah hapuskan dosa2 silam kita.
.
tidaklah dunia melainkan ujian pada kita.
kita yg pilih utk berada sini.
.
dan di sini—
tiada yg mampu tolong kita—
selain الله.
.
sahaja.
.
#ehspreadpositivity


Tags:

About author
assalamu ‘alaykum :)
View all posts